


MMA

SELAMAT DATANG
Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim.Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak. Beliau menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah di kalangan rakan terdekat. Antara rakan rapat beliau ialah Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail, Bakar dan Aziz Khan.
PENGENALAN
Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia adalah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah satu daripada lima adik-beradik anak raja Bugis yang mendarat di Tanah Melayu bagi mencari tempat untuk memulakan penghidupan baru. Tempat pendaratan mereka pada ketika itu disebut sebagai Pengkalan Aur yang mana kini lebih dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Baginda terus menetap di situ sementara yang lainnya meneruskan pengembaraan mereka. Daeng Kuning mangkat di Taiping dalam tahun 1875.
IMAM KHALIFAH AGUNG PSSGM

IKLAN
KAMI MEMPELAWA MEMPROMOSI PERNIAGAAN DAN PRODUK DI WEBBLOG INI.KADAR YURAN IKLAN ADALAH SEBANYAK RM10 SEBULAN,MANAKALA UNTUK BERIKLAN SETAHUN ADALAH SEBANYAK RM100TAPAK IKLAN ADALAH TERHAD.
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dicipta dan diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd. Hashim.DPCM.Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan pps 0149/98)
20 NOVEMBER 2014
